Wednesday, February 9, 2011

Kejohanan Bina Badan Kebangsaan ke-42, 2011

Berita TERGEMPAR


Sehingga hari ini, Kejohanan Bina Badan Kebangsaan ke-42 yaitu lebih dikenali sebagai Mr. Malaysia 2011 bakal tidak mempunyai tuan rumah untuk menganjurnya selepas Persatuan Bina Badan Sabah menarik diri atas sebab-sebab tertentu pada tahun lepas.

Ketiadaan tuan rumah semakin runsing apabila 2 negeri lain yang khabarnya ingin menganjuri kejohanan tersebut menarik diri tanpa sebab yang diketahui. Dengan itu, pihak Persekutuan Bina Badan Malaysia telah membuka tawaran penganjuran Mr. Malaysia 2011 kepada mana-mana negeri yang kebolehan menganjur kejohanan ini.

Dengar khabarnya, disebabkan kos penganjuran yang tinggi, kemungkinan besar ramai persatuan peringkat negeri tidak dapat mencari penyumbang dalam mengelolakan kejohanan tersebut.

Akan tetapi, kita tunggu sehingga selepas Februari 15 (tarikh tutup tawaran penganjuran Mr. Malaysia 2011) untuk mengetahui berita selanjutnya..."Siapakah penganjur Mr. Malaysia 2011?"

No comments:

Post a Comment