Monday, February 28, 2011

Bina Badan akan dipertandingkan dalam Sukan Malaysia 2011

Berita gembira kepada semua peminat serta pengamal bina badan seluruh negara bila menerima berita bahawa buat kali pertama sukan ini akan dipertandingkan di temasya Sukan Malaysia atau lebih dikenali sebagai SUKMA 2011 yang akan diadakan dari Mei 28 - Jun 6, 2011 di Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

3 kategori iaitu: berat badan (1) 60kg; (2) 60kg - 70kg dan (3) 70kg keatas akan dipertaruhkan dan adalah dibuka kepada mereka yang berumur 21 tahun ke bawah. Pihak ahli gabungan negeri-negeri akan menyenerai akhir nama peserta untuk dihantar ke Majlis Sukan Negeri masing-masing serta membuat persediaan akhir untuk menghadapinya. Kepada sesiapa yang memenuhi syarat umur, mereka dialu-alukan menghubungi persatuan-persatuan negeri masing-masing untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenainya.

Tarikh sukan bina badan belum lagi diketahui buat sementara waktu.

No comments:

Post a Comment