Sunday, February 7, 2010

Tahniah!

Sempena Sambutan Hari Wilayah Persekutuan tahun ini, Persekutuan Bina Badan Kuala Lumpur ingin mengucapkan tahniah kepada mereka yang dianugerahkan Darjah Kebesaran Bintang & Pingat Wilayah Persekutuan di Istana Negara oleh DYMM Al Sultan Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku AlHaj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Sultan Negeri Kedah Darul Aman, Timbalan Yang Di-Pertuan Agong pada Isnin 1hb Februari 2010 atas khidmat serta jasa mereka kepada sukan bina badan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan & Putrajaya khasnya dan Negara Malaysia amnya.

Mereka ialah:
2010
1. En. Yong Chin Kiong, Francis - Ahli Mahkota Wilayah (A.M.W.)
2. En. Vincent Ho Swee Peng - Pingat Pangkuan Mahkota Wilayah (P.P.W.)

Pada tahun-tahun sebelum ini yang dianugerahkan ialah:
2009
1. En. Nannimuthu a/l Andiappan - Pingat Pangkuan Mahkota Wilayah (P.P.W.)

2008
1. En. Chan Beng Fun, Jerry - Kesatria Mahkota Wilayah (K.M.W.)

Tahniah diucapkan sekali lagi kepada mereka. Teruskan khidmat cemerlang anda kepada semua warga Wilayah Persekutuan.

Sukan Pembina Jiwa Negara.

No comments:

Post a Comment