Friday, April 1, 2011

Kejohanan Bina Badan Kuala Lumpur 2011 aka Mr. Kuala Lumpur 2011

Bendera Kuala Lumpur
Berita Terkini mengenai Mr. Kuala Lumpur 2011:


Hampir 70% persiapan menghadapi Kejohanan Bina Badan Kuala Lumpur tahun ini telah diselesaikan. 

Kejohanan tahun ini besar kemungkinan akan memperkenalkan satu (1) kategori tambahan dari Masters (umur 45tahun keatas), iaitu Super Masters (umur 55tahun keatas).

Diharap semua yang baik akan  menjayakan pengelolaan kejohanan tahun ini.


Berita Lain:

Bendera WP Labuan


Pihak Persekutuan Bina Badan Kuala Lumpur (KLBBF) juga sedang membuat perancangan untuk menganjur Kejohanan Bina Badan Terbuka Wilayah Persekutuan 2012 dan adalah dibuka kepada semua bakal atlet bina badan (remaja serta senior). Maklumat lanjutan kejohanan ini akan diberitahu kelak.

Kejohanan Wilayah 2011 anjuran Persatuan Bina Badan WP Labuan yang akan diadakan di Majlis Sukan WP Labuan pada Jun 24 - 26 dan pihak KLBBF sedia menghantar sepasukan untuk bertanding serta menyokong kejohanan ini nanti.

No comments:

Post a Comment