Friday, December 3, 2010

Siri Pengenalan: Permakanan Tambahan

Karbohidrat

Karbohidrat memainkan peranan penting kerana ia memberi tenaga yang diperlukan dalam latihan dan penyembuhan. Individu yang ingin membina badan perlukan karbohidrat yang lambat untuk dihadam dimana ia membebaskan tenaga dengan lebih stabil berbanding gula dan kanji.

Protein

‘Protein milkshakes’ yang disediakan dengan susu dan serbuk protein adalah supplement utama untuk mereka yang bina badan. Sumber protein utama ialah ayam, daging, ikan, telur putih dan produk tenusu serta juga sebahagian kekacang dan bijirin.

Casein ataupun whey adalah sejenis protein yang banyak dihasilkan secara komersial oleh jenama-jenama terkenal sebagai makanan tambahan protein kerana ia mengandungi Biological value yang tinggi dan kadar penyerapan lebih cepat.

Protein yang mencukupi membolehkan sel otot membesar dan pulih dengan berkesan. Pelbagai jenis protein yang terdapat di pasaran antaranya:

·         Whey protein
·         Protein casein(susu
·         Soy protein
·         Putih telur

Glutamine

Glutamine adalah sejenis asid amino yang terdapat didalam otot manusia dengan banyaknya tetapi ia juga dihasilkan dalam bentuk makanan tambahan kerana paras glutamine dikatakan menurun semasa latihan anearobik.

Asid amino (BCAA)

Asid amino yang diambil akan dipecahkan kepada bahagian-bahagian kecil strukturnya semasa berada didalam perut dan usus. Terdapat tiga rantaian asid amino (BCAA) iaitu leucine, isoleucine dan valine. Setiap darinya mempunyai fungsi yang pelbagai dalam proses biologi didalam badan manusia. Berlainan daripada asid amino lain, BCAA hanya dimetabolismakan di otot.

No comments:

Post a Comment