24 Disember 2011, Kuala Lumpur: Mesyuarat Penaja Pertama PBBMKL telah diadakan di Restoran Leha Kelfood Taman Melati yang telah dihadiri oleh seramai 30 orang pengamal dan penyokong Melayu sukan bina badan dari beberapa buah negeri di Semenanjung Malaysia. Buat sementara waktu, PBBMKL ini akan berada dibawah gabungan Persekutuan Bina Badan Kuala Lumpur.
Walaupun PBBMKL masih baru lagi, ia telah menerima jemputan dari Pengerusi Kelab Gim Rakyat Bukit Kiara untuk bekerjasama mengelola Pertandingan Badan Cantik Lelaki yang bakal akan diadakan pada Januari 29, 2012. Insya'Allah kerjasama ini akan membantu mempertingkatkan mutu sukan ini ke tahap yang lebih menyerlah lagi.
Selamat berjaya PBBMKL, anda pemangkin membina generasi serta pelapis sukan masa depan.