Tuesday, February 2, 2010

KURSUS KEJURULATIHAN SUKAN BINA BADAN TAHAP I

PENGENALAN
Kursus Kejurulatihan Bina Badan ini adalah yang pertama kali di adakan pada tahun 2010 untuk memberi pendedahan kepada semua golongan peminat sukan bina badan mengenai tatacara dalam kejurulatihan bina badan supaya dapat melahirkan seorang jurulatih yang berwibawa untuk melatih atlit-atlit dalam penggunaan peralatan gym serta latihan-latihan bersesuaian. Ini adalah penting bagi para pengunjung gym di mana kesihatan umum mereka adalah juga keutamaan yang dititik beratkan.

SYARAT PENYERTAAN
Terbuka kepada semua ahli-ahli Gabungan PBBM, ahli-ahli bina badan, intsruktor gym, pegawai-pegawai sukan bina badan serta individu-individu yang berminat dalam sukan bina badan. Jumlah penyertaan adalah terhad dan keutamaan diberikan kepada ahli-ahli Gabungan PBBM.

TUJUAN
Untuk memberi pendedahan dan melahirkan individu-individu yang berkebolehan dalam sukan bina badan terutamanya dalam aspek kejurulatihan.

TEMPAT KURSUS
Yayasan Pusat Belia Antarabangsa
Jalan Yaacob Latif
Bandar Tun Razak
56000 Cheras
Kuala Lumpur
Tel: 03-9171 9204 / 05 / 07
Faks: 03-9172 3599 / 6682
Laman Web: http://www.iyckul.org.my/

TARIKH
9 Mac hingga 12 Mac 2010

PENGANJUR
Persekutuan Bina Badan Malaysia (PBBM)

DENGAN KERJASAMA
Majlis Sukan Negara Malaysia (MSN)

TENAGA PENGAJAR
Lt. Kdr. Kamaruzaman Kadir (B)
En. Abd. Aziz Ahmad
En. Francis Yong AMW, PJK
En. Abdul Halim Budin
En. Vincent Ho PPW, PFT(USA)
Pegawai dari Majlis Sukan Negara (MSN)

YURAN PENDAFTARAN
Pengajur akan menawarkan beberapa pakej bagi peserta yang mengikuti kursus ini. Pakej-pakej yang ditawarkan adalah mengikut kemampuan serta keselesaan peserta sendiri seperti berikut:

Pakej A (RM 250) – Penginapan Jenis Asrama/Dorm, Makan dan Minum termasuk Sarapan pagi, Minum pagi, Makan Tengahari, Minum Petang dan Makan Malam.

Pakej B (RM 300) - Penginapan Jenis Bilik (3 orang sebilik), Makan dan Minum termasuk Sarapan pagi, Minum pagi, Makan Tengahari, Minum Petang dan Makan Malam.

Pakej C (RM 500) - Penginapan Single Room (Seorang sebilik), Makan dan Minum termasuk Sarapan pagi, Minum pagi, Makan Tengahari, Minum Petang dan Makan Malam.

Pakej D (RM 180) – Penginapan Sendiri. Makan dan Minum termasuk Minum pagi, Makan Tengahari, Minum Petang dan Makan Malam.

Pakej di atas adalah merangkumi sepanjang waktu kursus iaitu selama 4 hari 3 malam. Bayaran melalui tunai atau cek (di atas nama “PERSEKUTUAN BINA BADAN MALAYSIA”) hendaklah dibuat kepada pihak penganjur pada atau sebelum 19 Februari 2010.

PAKAIAN
Semua peserta yang terpilih diminta membawa peralatan / pakaian seperti berikut:
Gambar berukuran passport (2 keping)
Traksuit
Baju-T Sukan
Tuala Mandi (bagi peserta yang memilih Pakej A sahaja)
Tuala Kecil (untuk gym)
Pakaian Kasual
Kasut Sukan
Berus Gigi, Sabun dan sebagainya.

TENTATIF PROGRAM:
Tarikh / Aktiviti
9 Mac 2010 (Selasa)
8.00 – 9.00 pagi - Pendaftaran
- Taklimat Kursus
- Kuliah
10 Mac 2010 (Rabu) - Kuliah
11 Mac 2010 (Khamis) - Kuliah
12 Mac 2010 (Jumaat) - Kuliah
- Praktikal
- Penutup
Nota: Kuliah adalah dijangkakan diadakan pada sebelah malam. Jadual terperinci akan dikeluarkan semasa pendaftaran.

ALAMAT PENGANJUR
Persekutuan Bina Badan Malaysia
Suite No.8, Tingkat 1
Wisma OCM, Jalan Hang Jebat
50150 Kuala Lumpur
Tel : 013-3421730 (Lt.Kdr.Kamaruzaman Kadir (B))
Tel : 016-3943856 (En.Anas)
Tel : 019-9086201 (En.Halim)
Faks : 03-90563054
Email: masbbf@yahoo.com

No comments:

Post a Comment