Jilid 1: Kejohanan Bina Badan Kebangsaan Ke-40, 2009
Tidak lama lagi kejohanan bina badan terulung di Malaysia akan diadakan di Johor Baru - Kejohanan Bina Badan Kebangsaan ke-40 atau lebih dikenali sebagai Mr. Malaysia.
Tidak lama lagi kejohanan bina badan terulung di Malaysia akan diadakan di Johor Baru - Kejohanan Bina Badan Kebangsaan ke-40 atau lebih dikenali sebagai Mr. Malaysia.
Buat masa ini, pasukan KL dibawah jurulatih En. Abdul Halim Budin yang sedang memantau dan memberi nasihat kepada atlet-atlet Kuala Lumpur. Setiap orang dari pasukan KL telah diberi makanan sukan tambahan (Whey Protein, L-Glutamine & Amino Acid) oleh KLBBF.
Kejohanan ini juga akan menampilkan sejumlah besar atlet-atlet bina badan yang baru serta lama (dari 13 negeri + 2 majlis sukan - PDRM & ATM) untuk merebut gelaran Mr. Malaysia (juara kategori serta juara keseluruhan kejohanan) dan mereka yang menang akan diberi peluang mewakili Malaysia ke Kejohanan Antarabangsa tahun ini oleh Persekutuan Bina Badan Malaysia.
Adalah harapan saya serta jurulatih kami, En. Abdul Halim Budin untuk Pasukan KL tahun ini dapat dinobatkan sebagai Pasukan Terbaik Kejohanan, memandangkan keputusan terbaik Pasukan KL ialah di Kota Kinabalu, Sabah (2007) ialah di tempat ke-3.
Sekian, terima kasih.
Bakal Mr.Malaysia 2013
ReplyDelete